the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar akui kejayaan Malaysia hasil kerja berpasukan penjawat awam

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kejayaan Malaysia di peringkat antarabangsa adalah hasil kerja berpasukan seluruh penjawat awam.

KUALA LUMPUR: Kejayaan yang dicapai Malaysia di dalam dan luar negara adalah hasil kerja berpasukan seluruh penjawat awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi seorang perdana menteri banyak bergantung kepada kekuatan perkhidmatan awam.

“Ramai yang menyatakan rasa terharu, kagum atas kejayaan-kejayaan kita,” katanya.

Beliau menyebut Sidang ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-ASEAN baru-baru ini sebagai contoh kejayaan.

“Orang melihat Malaysia ini sebagai negara yang punyai potensi dari segi pelaburan, teknologi baru, AI (kecerdasan buatan) dan sebagainya.”

Anwar menekankan kejayaan itu berlaku kerana kerja sebagai satu pasukan.

“Dari penjawat awam yang serendah-rendah, yang membersihkan tempat, yang menyediakan kelengkapan, di barisan hadapan, sehinggalah ke penjawat awam peringkat tinggi dan barisan Jemaah Menteri.”

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke-30.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings