the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 12, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KBS peruntuk RM100 juta untuk tiga dana sukan utama tahun depan

KBS peruntuk RM100 juta untuk KWSN, GPS dan DSK tahun depan, dengan terma syarat dimuat naik mulai 15 Disember.

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan RM100 juta bagi tiga dana sukan utama tahun depan.

Peruntukan itu merangkumi Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWSN), Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK).

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata RM50 juta akan disalurkan kepada KWSN, RM30 juta bagi GPS dan RM20 juta untuk DSK.

BACA: KBS peruntuk RM500,000 naik taraf papan markah Pusat Akuatik Paroi

“Terma dan syarat terperinci termasuk jadual permohonan akan dimuat naik menerusi laman web KBS mulai 15 Dis,” katanya.

Beliau berkata langkah itu bagi memudahkan persatuan dan penganjur merancang serta mengemukakan permohonan lengkap.

“Pihak yang ingin membuat permohonan boleh berurusan secara langsung dengan KBS atau agensi di bawah kementerian,” jelas Hannah.

Beliau menegaskan tiada caj, komisen atau ‘runner’ dikenakan untuk urusan permohonan dana tersebut.

Mengulas tentang GPS, Hannah berkata geran itu berbentuk tuntutan bayaran balik bagi penganjuran kejohanan berprestasi tinggi.

Kelulusan maksimum GPS sehingga RM1 juta akan disalurkan bagi acara yang memberikan impak besar kepada Malaysia.

Bagi DSK pula, bantuan sekali beri itu mengutamakan persatuan sukan berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan kelab belia berdaftar dengan ROY.

“Mulai tahun depan, DSK turut dibuka kepada pertubuhan sukan berdaftar di bawah ROS,” katanya.

DSK menyasarkan program sukan dan rekreasi pada peringkat daerah serta negeri.

Permohonan di bawah RM10,000 akan dibayar terus, manakala jumlah melebihi RM10,000 disalurkan secara berperingkat.

Hannah berkata dana KWSN terbuka kepada atlet persendirian bagi sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.

“Untuk penyertaan luar negara, hanya kejohanan berstatus ranking dunia dipertimbangkan,” tegasnya.

Permohonan untuk perlawanan persahabatan atau kejohanan tidak diiktiraf tidak akan diluluskan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

The 7th Hainan Island International Film Festival Concludes Successfully, With ‘Black Rabbit, White Rabbit’ Receiving the Top Honor

SANYA, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 December 2025 - The 7th Hainan Island International Film Festival (HIIFF) formally concluded its weeklong program with the announcement of the Golden Coconut Award recipients, recognizing distinguished filmmakers from around the world whose works defined this year's edition.

HKSTP and HKTDC Lead Delegation of 60 Tech Companies to CES 2026

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 12 December 2025 – Consumer Electronics Show (CES) 2026, one of the world's largest technology and innovation event, will take place from 6 to 9 January 2026 in Las Vegas.

Most Viewed

Visa and VNPT Money launch the Visa Pay, driving digital transformation and financial inclusion in Vietnam

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 December 2025 - Visa (NYSE: V), the world's leader in digital payments, has partnered with VNPT Money to launch Visa Pay, a new feature that enables Vietnamese consumers to pay quickly and safely using their mobile wallet – whether shopping locally or traveling abroad. Visa Pay is now live with VNPT Money, marking the first digital wallet in Vietnam to enable this innovative service.
spot_img

Popular Categories