the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 17, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Arthur Joseph Kurup utamakan pemuliharaan hutan dan daya tahan iklim

Menteri baharu Sumber Asli dan Kelestarian Alam komited kepada pemuliharaan hutan, biodiversiti, pengurusan air dan pembangunan ekonomi hijau sebagai keutamaan.

PUTRAJAYA: Pemuliharaan hutan dan biodiversiti, pengurusan sumber air, serta pengukuhan daya tahan negara terhadap perubahan iklim antara keutamaan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam baharu, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata pembangunan ekonomi hijau dan peluang pekerjaan berasaskan kelestarian akan terus dipacu demi kesejahteraan rakyat.

“Saya komited untuk bekerjasama rapat dengan seluruh warga kementerian, agensi pelaksana, pertubuhan bukan kerajaan, akademia dan sektor swasta, bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi impak nyata kepada rakyat dan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Arthur berkata dalam era perubahan iklim dan kehilangan sumber, pendekatan pengurusan sumber asli perlu diperkukuh dengan dasar berasaskan sains, tadbir urus telus serta kerjasama.

“Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam memegang peranan strategik dalam mengimbangi keperluan pembangunan negara dengan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

Pelantikan Arthur diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rombakan Kabinet terbaharu bagi mengisi portfolio penting berkaitan pengurusan sumber dan kelestarian negara.

Portfolio itu sebelum ini diterajui oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selain menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, beliau mempunyai pengalaman luas di beberapa kementerian strategik sejak 2020.

Related

spot_img

Latest

Iranian boxer faces imminent execution after retrial rejected

Iranian boxer Mohammad Javad Vafaei-Sani is at imminent risk of execution after his retrial request was rejected, sparking international condemnation from athletes and rights groups.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories