the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa, Klang

Seorang lelaki warga tempatan, 34 tahun, maut ditetak dalam pergaduhan di Taman Sentosa, Klang. Polis sedang siasat motif kejadian

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga tempatan maut ditetak dalam satu pergaduhan di kawasan Taman Sentosa, Klang malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 11.10 malam.

Kejadian itu melibatkan seorang mangsa warga tempatan berusia 34 tahun.

Mangsa ditetak sehingga menyebabkan kematian di tempat kejadian.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, ASP Mohamed Shahrir Zabidi.

Beliau boleh dihubungi menerusi talian 012-6650 895 untuk membantu siasatan.

Maklumat juga boleh disalurkan ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di 03-3376 2222. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings