the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Trio pemanah compound lelaki Malaysia rebut emas Sukan SEA 2025

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Skuad memanah compound lelaki Malaysia menewaskan Thailand 232-228 untuk meraih pingat emas Sukan SEA 2025 di Bangkok, tebus kekecewaan perak 2021.

BANGKOK: Angin kencang tidak menghalang skuad memanah compound berpasukan lelaki negara menghadiahkan pingat emas selepas menewaskan tuan rumah Thailand pada final Sukan SEA 2025.

Bertanding di Lapang Sasar Memanah, Sports Authority of Thailand, trio Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki mempamerkan ketenangan tinggi dalam cuaca mencabar.

Mereka mencatat kemenangan 232-228 ke atas pasukan Thailand yang dibarisi Sippakorn Kohkaew, Peerapat Pattanapongkiat dan Ratandanai Wongtana.

Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan meraih pingat perak pada edisi 2021 di Hanoi.

Pingat gangsa acara berkenaan dimenangi Vietnam selepas menewaskan Indonesia pada aksi penentuan tempat ketiga.

Seorang daripada pemanah, Muhammad Aiman Syafiq menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian cukup bermakna buat dirinya.

“Syukur Alhamdulillah, penampilan pertama saya di Sukan SEA berjaya membutirkan pingat emas,” katanya.

Beliau menambah kejayaan ini banyak dibantu oleh pengalaman pemanah senior.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings