the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, February 4, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Malaysia capai sasaran 200 pingat di Sukan SEA Thailand 2025

Kontinjen Malaysia kumpul 204 pingat, termasuk 46 emas, di Sukan SEA Thailand 2025, melepasi sasaran awal dan duduk di tangga kelima.

BANGKOK: Kontinjen Malaysia berjaya melepasi sasaran 200 pingat pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 dengan mengumpul 204 pingat keseluruhan setakat hari kesembilan.

Daripada jumlah itu, Malaysia meraih 46 pingat emas, 49 perak, dan 109 gangsa, menduduki tempat kelima dalam carta pungutan pingat.

Pencapaian 46 pingat emas itu menandakan peningkatan berbanding 34 pingat emas yang dimenangi pada edisi 2023 di Kemboja.

Majlis Sukan Negara (MSN) kini menyasarkan untuk memintas Singapura di tangga keempat dengan menambah koleksi pingat emas.

Peluang menambah pingat dilihat cerah dengan tumpuan diberikan kepada acara berbasikal trek yang menawarkan dua pingat emas esok.

Malaysia juga berpeluang meraih emas dalam acara hoki dalam dewan dan hoki padang selepas skuad lelaki dan wanita mara ke perlawanan akhir.

Dua pingat emas skuasy perseorangan lelaki dan wanita juga dijangka kekal di Malaysia kerana final akan dipertandingkan oleh pemain negara.

Hari ini, kontinjen Malaysia terus cemerlang dengan sumbangan pingat emas daripada beberapa sukan.

Trio memanah compound lelaki Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki menewaskan Thailand 232-228.

Berbasikal trek menyumbang tiga emas melalui Muhammad Ridwan Sahron (keirin lelaki), Nur Aisyah Mohamad Zubir (scratch wanita) dan kuartet kejar-mengejar berpasukan lelaki.

Skuad kabbadi lelaki mencipta sejarah dengan merangkul pingat emas pertama negara dalam sukan itu di Sukan SEA selepas mengalahkan Thailand di final. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Macron prepares to resume dialogue with Putin

French President Emmanuel Macron says technical preparations are under way to restart contact with Russia's Vladimir Putin, but notes Moscow shows no real willingness for peace.

Most Viewed

Vantage Data Centers appoints Fitri Abdullah as country managing director to accelerate growth in Malaysia

Vantage Data Centers has named Fitri Abdullah as country managing director for Malaysia to oversee growth initiatives and support the expansion of hyperscale data center campuses across Kuala Lumpur and Johor.
spot_img

Popular Categories