MOTAC membatalkan lesen Winborneo Leisure Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 18 Disember, selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen syarikat Winborneo Leisure Tour Sdn Bhd berkuat kuasa semalam.
Tindakan pembatalan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Pelancongan selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusaha pelancongan berlesen.
Tindakan tegas itu dilaksanakan demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI. – Bernama








