the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah arah kerajaan bayar ganti rugi RM274,375 kepada Siti Kasim

Mahkamah Tinggi perintah kerajaan bayar RM274,375 kepada peguam Siti Kasim dan anak guamnya berikutan serbuan polis tidak sah pada 2018

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah RM274,375 kepada peguam Siti Kasim (dalam gambar) dan anak guamnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian tuntutan saman yang difailkan pada Januari 2021.

Siti Zabedah Kasim, 62, dan Anis Nur Izzatty Ruslan, 31, menamakan 30 defendan termasuk kerajaan dan Polis Diraja Malaysia.

Dalam penghakimannya, Arziah memutuskan serbuan polis itu menyalahi undang-undang kerana dilakukan tanpa niat untuk menghubungi penghuni rumah terlebih dahulu.

Mahkamah memutuskan kerajaan membayar RM120,625 sebagai ganti rugi am kepada Siti Kasim dan RM53,750 kepada Anis.

Mereka juga diarahkan menerima ganti rugi teladan bersama RM100,000 dan kos RM50,000.

“Plaintif pertama (Siti Kasim) seorang peguam telah ditahan semasa menjalankan tugas profesionalnya,” kata Arziah.

Beliau menambah bahawa tindakan defendan menunjukkan sikap tidak peduli terhadap hak perlembagaan plaintif.

Dalam saman itu, mereka menyatakan Anis mendapatkan bantuan di rumah Siti Kasim kerana masalah keluarga.

Anis tinggal di rumah itu pada 21 Jun 2018 ketika peguam itu menghadiri satu persidangan.

Mereka mendakwa sembilan anggota polis berpakaian preman memasuki rumah dengan memecahkan pintu jeriji dan pintu utama.

Polis didakwa membawa Anis secara tidak sah yang ketika itu bersembunyi di dalam bilik air ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Pada 23 Jun 2018, Siti Kasim telah ke IPD Kajang selepas mengetahui Anis ditahan.

Siti Kasim mendakwa tidak dibenarkan berjumpa anak guamnya dan kira-kira jam 11 malam hari sama, beliau ditahan polis.

Beliau ditahan atas alasan menculik Anis dan menghalang polis daripada menjalankan tugas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings