the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 20, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan perkukuh perlindungan sosial rakyat sepanjang 2025

Kerajaan MADANI pertingkat bantuan tunai ke tahas tertinggi, termasuk STR RM13 bilion dan bantuan banjir, bagi bantu isi rumah.

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI telah memperkukuh perlindungan sosial rakyat sepanjang 2025 dengan mempertingkatkan bantuan tunai ke tahap tertinggi dalam sejarah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan turut memperluas sokongan untuk keluarga serta memastikan bantuan segera digerakkan setiap kali bencana melanda.

“Semua ini menggambarkan tekad MADANI untuk memastikan setiap isi rumah dibela tanpa ada yang tercicir dan terpinggir,” katanya dalam catatan di Facebook.

Antara bantuan disediakan sepanjang tahun ini termasuk peruntukan RM13 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kerajaan juga menyediakan SARA sebanyak RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas yang mula ditebus dari 31 Ogos sehingga 31 Dis.

Bagi bantuan banjir, kerajaan menyalurkan sebanyak RM1,000 Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk setiap keluarga terjejas.

Kerajaan turut menyediakan RM10 juta BWI kepada Sabah dan RM50 juta BWI bagi Kelantan dan Terengganu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories