the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Makkal Sakti tidak berniat ganti MIC dalam BN, kata presiden

Presiden Makkal Sakti RS Thanenthiran menegaskan parti tidak akan menggantikan MIC dalam BN dan akan bekerjasama demi masyarakat India

BUTTERWORTH: Parti Makkal Sakti tidak pernah berhasrat untuk menggantikan kedudukan MIC dalam Barisan Nasional (BN).

Presidennya Datuk Seri RS Thanenthiran berkata parti berusia 17 tahun itu juga tidak akan mengambil kesempatan atas sebarang pergolakan dalaman MIC dan BN.

Sebaliknya, Makkal Sakti akan bekerjasama dengan MIC demi pembangunan kaum India di negara ini.

“Perjuangan MIC membela masyarakat India di negara ini sudah melebihi 70 tahun dan ia perlu dihormati. Kami tidak akan sesekali menentang MIC, itu prinsip kami,“ katanya.

Beliau menegaskan Makkal Sakti bukan alternatif kepada MIC tetapi rakan kerjasama untuk memperkukuh suara bersama.

Thanenthiran berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ke-17 di sini.

Perhimpunan itu telah dirasmikan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Thanenthiran turut menyatakan hubungan peribadinya dengan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran sangat rapat.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata tiada keputusan muktamad dibuat mengenai kedudukan MIC dalam BN setakat ini.

Kenyataan itu dibuat walaupun tersebar salinan surat berhubung permohonan semula MIC untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Dalam perhimpunan agung MIC November lepas, parti itu menangguhkan keputusan sama ada kekal atau keluar dari BN.

Thanenthiran juga dalam ucapan dasarnya meminta Pelan Tindakan Masyarakat India 2017 diberi perhatian dan dilaksanakan sepenuhnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AIA launches AIA Voluntary Health Insurance SelectWise Scheme Elevating in-patient care at designated hospitals[1]

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 3 February 2026 - In a strategic response to customers' growing need for unparalleled medical and in-patient experience, AIA has launched the AIA Voluntary Health Insurance SelectWise Scheme ("SelectWise"), the first VHIS plan in the market to feature a dedicated medical journey.

From Banks of Yellow River to Dining Tables Worldwide: Lanzhou Beef Noodles Get a Makeover through Cross-industry Fusion

LANZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Once a must-try culinary landmark of the city and now a cultural IP savored across the globe, Lanzhou Beef Noodles is undergoing a remarkable transformation through cross-sector integration.

Finalists and Semifinalists for $1 Million Seeding The Future Global Food System Challenge Announced

BONN, GERMANY - Newsaktuell - 3 February 2026 - The Seed Grant Finalists and Growth Grant and Seeding the Future Grand Prize Semifinalists of the 5th annual Seeding The Future Global Food System Challenge (GFSC) have been announced, marking a key milestone in the USD 1 million global Challenge supporting impactful and innovative solutions to transform food systems.
spot_img

Popular Categories