the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

NSW larang perhimpunan awam, kuatkuasa undang-undang antiprotes baharu

New South Wales di Australia melarang perhimpunan awam selama dua minggu selepas meluluskan undang-undang antiprotes yang membenarkan polis meminta penutup muka ditanggalkan.

SYDNEY: Polis New South Wales (NSW) kini mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kawasan awam sebagai “terhad” daripada sebarang perhimpunan.

Kuasa baharu ini diluluskan parlimen negeri pada Rabu, susulan kejadian tembakan di Bondi Beach yang meragut 15 nyawa dan mencederakan 42 orang.

Perhimpunan awam tidak dibenarkan sepanjang tempoh dua minggu ini dan sebarang perhimpunan akan dianggap sebagai dilarang.

“Kenyataan itu dibuat selepas mengambil kira undang-undang baharu dan implikasi keselamatan awam susulan protes lanjut selepas serangan pengganas di Bondi,” menurut kenyataan polis.

Pengisytiharan larangan itu akan dikaji semula dan boleh dilanjutkan setiap dua minggu sehingga tempoh maksimum tiga bulan.

Di bawah pindaan undang-undang keganasan yang diluluskan, protes besar-besaran boleh dihadkan sehingga 90 hari.

Polis juga boleh mengarahkan individu yang disyaki melakukan jenayah untuk menanggalkan penutup muka bagi tujuan pengecaman.

Undang-undang senjata api baharu turut diperkenalkan, mengehadkan pemegang lesen rekreasi kepada maksimum empat senjata api.

Pemilik senjata api juga perlu menjalani semakan lesen setiap dua tahun.

Kerajaan negeri NSW bagaimanapun berdepan kritikan berhubung pelaksanaan undang-undang baharu itu.

Palestine Action Group Sydney, The Black Caucus dan Jews Against the Occupation ’48 akan memfailkan cabaran perlembagaan terhadap undang-undang tersebut.

“Kerajaan (Premier NSW, Chris) Minns mengeksploitasi serangan mengerikan di Bondi untuk menjayakan agenda politik yang menekan perbezaan pendapat politik,” menurut kumpulan itu dalam kenyataan.

Dalam kes berasingan, pihak berkuasa Australia sedang menyiasat kes sebuah kenderaan berhiasan Hanukkah yang dibaling bom api di tenggara Melbourne.

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories