the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah mula disiapkan penternak

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Bekalan daging untuk Ramadan dan Aidilfitri 2026 sudah mula disiapkan penternak tempatan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

KUALA LUMPUR: Para penternak tempatan telah mula membuat persiapan bekalan daging bagi menghadapi bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata bekalan daging negara sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini sentiasa mencukupi.

Bekalan itu mencukupi untuk keperluan rakyat termasuk ketika permintaan meningkat semasa musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.

Beliau berkata umat Islam dijangka menyambut Ramadan pada bulan Februari manakala Aidilfitri di penghujung Mac 2026.

“Persiapan bekalan daging sudah pun dimulakan dari sekarang oleh penternak tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

“Melalui perancangan awal, kerjasama penternak dan sokongan dasar yang betul, bekalan daging untuk rakyat tahun hadapan juga akan terus terjamin,” tambahnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings