the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 28, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih, semua PPS ditutup

Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih dengan penutupan tiga pusat pemindahan terakhir di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga di Terengganu telah pulih selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup petang tadi.

PPS yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering di sini, SK Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot di Kuala Nerus.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan cuaca cerah hari ini membolehkan mangsa membersihkan rumah sebelum pulang.

Bagaimanapun, JPBN menyatakan mereka masih dalam keadaan siap siaga memandangkan Monsun Timur Laut belum berakhir.

Banjir gelombang ketiga melanda negeri ini pada Jumaat lepas ekoran hujan lebat berterusan.

Kejadian itu menyebabkan hampir 500 penduduk di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun dipindahkan ke empat PPS.

Banjir di Terengganu bermula pada 22 November lalu melibatkan lebih 10,000 mangsa.

Mereka dipindahkan ke lebih 500 PPS di lapan daerah sebelum keadaan pulih pada 2 Disember.

Gelombang banjir kedua pula melanda enam daerah dari 14 hingga 21 Disember.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories