the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas rugi RM318,521 diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon

Seorang wanita warga emas, 74 tahun, kerugian RM318,521 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pihak Tenaga Nasional dan polis

IPOH: Seorang warga emas mengalami kerugian RM318,521 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon.

Mangsa, seorang wanita berusia 74 tahun dan pesara kerajaan, membuat laporan polis pada petang Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata siasatan awal mendapati mangsa menerima panggilan pada 2 Disember lalu.

“Lelaki terbabit mendakwa wakil daripada pihak Tenaga Nasional Berhad,” katanya dalam kenyataan.

Suspek mendakwa ada individu menggunakan nama mangsa untuk mendaftar meter elektrik di Kuantan, Pahang.

Mangsa kemudiannya diminta membuat laporan polis di Kuantan.

Suspek menawarkan diri untuk membuat laporan itu memandangkan mangsa berada di Taiping.

Mangsa yang bersetuju telah disambungkan panggilan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Suspek itu memaklumkan mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Mangsa kemudiannya diarahkan supaya memberikan kerjasama dengan mengikuti arahan.

“Mangsa diminta memberikan maklumat peribadi miliknya dan memaklumkan mengenai semua wang serta barang kemas yang dimiliki bagi tujuan siasatan,” kata Mohamad Nasir.

Seorang lagi lelaki kemudiannya mengarahkan mangsa membungkus kad ATM dan semua barang kemas.

Bungkusan itu diminta diletakkan di simpang jalan berhampiran rumah mangsa.

Mangsa juga diminta melaporkan setiap pergerakannya sejak 10 hingga 23 Disember.

Kata laluan kad ATM miliknya turut diminta bagi tujuan siasatan.

“Oleh sebab mangsa berada dalam keadaan ketakutan, mangsa mengikuti kesemua arahan yang diberi,” jelas Mohamad Nasir.

Mangsa memindahkan wang Amanah Saham Bumiputera ke dalam akaun bank miliknya.

Maklumat akaun Tabung Haji juga diberikan sepertimana yang diarahkan.

Mangsa membuat semakan pada akaun bank dan Tabung Haji pada 23 Disember.

Beliau mendapati kesemua wang dalam akaun berkenaan telah tiada.

“Hasil semakan oleh pihak bank terdapat transaksi yang bukan dilakukan oleh mangsa,” kata Mohamad Nasir.

Wanita tersebut mengesyaki transaksi wang dalam akaunnya telah dilakukan oleh scammer.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings