the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis tahan sembilan suspek kes gaduh berkelompok di Port Dickson

Sembilan individu ditahan polis berhubung kes pergaduhan berkumpulan bersenjata di Lukut, Port Dickson. Seorang lagi masih diburu.

SEREMBAN: Polis menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan berkumpulan bersenjata di Lukut, Port Dickson pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata kesemua lelaki berusia 20 hingga 40-an itu ditahan di sekitar Port Dickson.

“Kita masih memburu seorang lagi suspek berhubung kes itu,” katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.

Beliau berkata sebahagian daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.

Motif sebenar kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 326 dan 427 Kanun Keseksaan.

Keempat-empat mangsa yang saling mengenali termasuk seorang kanak-kanak yang cedera dilaporkan stabil di hospital.

Dalam perkembangan lain, Alzafny berkata polis masih menyiasat motif letupan di Desa Palma, Nilai pada 22 Disember lepas.

Suspek lelaki berusia 62 tahun itu sebelum ini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar dan difahamkan telah berpindah wad.

Unit Pemusnah Bom mengesahkan letupan itu berpunca daripada kesilapan pengendalian bahan letupan buatan sendiri.

Siasatan mendapati suspek dipercayai bergerak secara bersendirian.

Alzafny turut memaklumkan sembilan individu lain ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sebuah pasar raya di Nilai awal pagi Ahad lepas.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pasukan Tindak Balas Bencana Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Negeri Sembilan.

Pasukan yang dianggotai seorang pegawai dan empat anggota itu ditubuhkan bagi memperkukuh keupayaan bertindak pantas dalam situasi kecemasan.

“Pasukan ini membolehkan kita melaksanakan bantuan awal sementara menunggu pasukan penyelamat utama tiba,” jelasnya. 

Related

spot_img

Latest

Experts: Vinhomes Green Paradise Is One of the World’s Rarest Branded Real Estate Assets

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 30 December 2025 - According to leading experts, when ESG++ urban developments account for less than 1% of global supply, every project that meets the standard becomes a true collectible asset.

A Decade of Challenge and Collaboration: APRIL Reflects on Scientific Leadership in Peatland Management

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 December 2025 - APRIL Group recently marked a decade of groundbreaking collaboration between its independent Peatland Expert Working Group (IPEWG) and its in-house Peatland Science team, highlighting the role of science in guiding responsible peatland management.

Most Viewed

A Decade of Challenge and Collaboration: APRIL Reflects on Scientific Leadership in Peatland Management

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 December 2025 - APRIL Group recently marked a decade of groundbreaking collaboration between its independent Peatland Expert Working Group (IPEWG) and its in-house Peatland Science team, highlighting the role of science in guiding responsible peatland management.
spot_img

Popular Categories