the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

20 ahli Geng Rames didakwa di mahkamah Sungai Petani

20 lelaki didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancam Geng Rames di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, tanpa pengakuan direkodkan.

SUNGAI PETANI: Sebanyak 20 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Rames sejak Januari tahun lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kesemua tertuduh berusia antara 24 hingga 42 tahun.

Mereka didakwa menjadi ahli “Geng Rames” antara Januari 2024 hingga 4 Disember lepas di Kampung Sungai Division, daerah Kuala Muda.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.

Peruntukan itu membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim.

Tertuduh diwakili peguam RSN Rayer, S. Meharaj, P. Vaasudevan dan Muhammad Adam Burhanuddeen.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 29 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, peguam tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guam mereka bertemu ahli keluarga.

Permohonan itu dibenarkan oleh hakim.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories