the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki dan wanita ditahan miliki dadah Yaba di Dungun

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis Dungun tahan pasangan lelaki dan wanita, miliki 178.68 gram dadah Yaba bernilai RM13,401, siasatan di bawah Seksyen 39B.

DUNGUN: Seorang lelaki dan rakan wanitanya ditahan kerana memiliki dadah di Jalan Felda Kerteh Ketengah Jaya.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata pasangan berusia 33 dan 39 tahun itu ditahan pada 1 pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan sejumlah pil disyaki dadah jenis Yaba dengan berat keseluruhan 178.68 gram bernilai RM13,401,” katanya.

Beliau berkata suspek lelaki didapati positif methamphetamine, manakala wanita itu negatif dadah.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan dan rangkaian pengedaran yang terlibat.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings