the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar umum inti pati perutusan tahun baharu 2026

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PM Anwar umum inti pati perutusan tahun baharu 2026, termasuk pemisahan kuasa Pendakwa Raya, RUU Kebebasan Maklumat dan pelbagai bantuan rakyat

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inti pati Perutusan Tahun Baharu 2026 dalam perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

Beliau menyatakan pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara akan menjadi rang undang-undang pertama dibentangkan pada sesi Parlimen ini.

Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat pula akan dibentang dan diluluskan di Parlimen tahun ini.

Rang undang-undang had tempoh jawatan Perdana Menteri juga akan dibentang pada sesi Parlimen ini.

Pelaksanaan sistem digital akan dipergiat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Gaji hakim mahkamah akan dinaikkan selepas 10 tahun tiada kenaikan.

Peruntukan naik taraf sekolah sebanyak RM80 juta diberikan kepada SJKC dan RM50 juta kepada SJKT.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan bermula pada 20 Januari.

Pemberian SARA RM100 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari.

Pembayaran SARA bulanan akan dibuat secara berperingkat mulai 9 Januari.

Jualan Rahmah MADANI pula bermula 9 Januari, dan akan diadakan tiga kali sebulan di setiap DUN.

Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap murid boleh diambil di sekolah masing-masing.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings