the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki ditahan polis dipercayai ahli geng curi meter air

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis tahan dua lelaki dipercayai ahli ‘Geng Kecik’ dan rampas 100 unit meter air curi di Kuala Muda. Dua lagi sedang dikesan.

SUNGAI PETANI: Polis menahan dua lelaki dan merampas 100 unit meter air yang dipercayai dicuri di sekitar daerah Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata kedua-dua suspek berusia 47 dan 48 tahun itu dipercayai ahli ‘Geng Kecik’.

Kumpulan itu aktif dalam kegiatan mencuri meter air sejak November lepas dan ditahan menerusi operasi khas minggu lalu.

“Polis kini mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Kecik bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata kumpulan itu didapati membeli meter air curi dan menyimpannya dalam kenderaan tersadai di Taman Mutiara.

Semakan rekod mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah dan empat rekod dadah, manakala suspek kedua mempunyai tiga rekod berkaitan dadah,” jelas Hanyan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam kes lain, Hanyan berkata tiga lelaki direman seminggu bagi membantu siasatan kes pecah masuk kedai telefon bimbit.

Kejadian di Taman Cendana dipercayai berlaku antara pukul 3 hingga 6 pagi semalam.

Kesemua ditahan berusia antara 17 hingga 40 tahun, termasuk seorang pengawal keselamatan.

“Kes dipercayai membabitkan antara tiga hingga lima suspek dan setakat ini siasatan mendapati tiada senjata digunakan,” katanya.

Kes pecah masuk itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings