the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Nazrin berkenan rasmi sambutan Jubli Perak Royal College Of Medicine Perak

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Jubli Perak Royal College Of Medicine Perak, UniKL, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Royal College Of Medicine Perak Datuk Dr Afifi Al-Akiti.

Dr Afifi dalam sembah ucapannya berkata sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang dikurniakan status diraja, kolej tersebut beriltizam memastikan kecemerlangan pendidikan dan pembangunan mahasiswa sentiasa dipertingkatkan selari dengan pengiktirafan tersebut.

“Sejak ditubuhkan, kolej ini telah memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga profesional dalam bidang perubatan dan sains kesihatan bersekutu.

“Dengan semangat 25 tahun kegemilangan, institusi ini komited untuk terus memperkukuh peranannya sebagai pusat pendidikan tinggi dalam bidang kesihatan yang unggul di rantau ini,“ katanya.

Royal College Of Medicine Perak ditubuhkan atas perkenan dan ilham Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 18 Feb 1999.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin turut berkenan melancarkan buku ‘Handbook of Rheumatoid Arthritis and Images in Rheumatology’ oleh Prof Datuk Dr Wahinuddin Sulaiman dan Dr Ainon Mohd Mokhtar.

Buku berkenaan merupakan naskhah pertama dalam bidang reumatologi diterbitkan di Malaysia dan menjadi rujukan utama untuk pelajar perubatan, pengamal kesihatan, pesakit dan penjaga.

Baginda turut berkenan melancarkan buku ‘Modul Usrah Kontemporari’ dan ‘Smart Circle Module’ yang menumpukan kepada pembangunan modal insan Huffaz Profesional – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings