the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan komited teruskan inisiatif pembaharuan fiskal – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal termasuk Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) untuk menambah baik kutipan hasil dan semakan semula perbelanjaan awam bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal bagi menyediakan ruang fiskal yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kejutan luaran pada masa hadapan.

“Belanjawan 2025 memperincikan beberapa langkah hasil melalui perluasan cukai jualan atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport, perluasan skop cukai perkhidmatan meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi,” katanya di persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata antara langkah lain adalah melalui pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai, 2025 yang dirangka dengan bersasar dan progresif, bagi memastikan beban cukai diagihkan dengan lebih adil dan ditanggung oleh mereka yang mempunyai keupayaan.

“Kerajaan juga akan mengoptimumkan perbelanjaan awam antaranya menerusi pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan RON95 serta langkah rasionalisasi badan berkanun.

“Langkah reformasi juga diteruskan dalam pasaran buruh negara termasuk pelaksanaan gaji minimum daripada RM1,5000 kepada RM1,700 dan dasar gaji progresif,” katanya.

Sehingga akhir Jun 2025, hutang kerajaan Persekutuan mencatatkan RM1.304 trilion atau 63.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM1.248 trilion atau 64.6 peratus daripada KDNK pada akhir 2024.

Jumlah liabiliti kerajaan Persekutuan sehingga akhir Mac 2025 adalah sebanyak RM384.6 bilion, yang meliputi komitmen jaminan sebanyak RM238.8 bilion dan liabiliti lain sebanyak RM145.8 bilion.

Pinjaman baharu telah berkurangan daripada RM99.4 bilion ringgit pada 2022 kepada RM92.6 bilion ringgit pada 2023 dan seterusnya kepada RM76.8 bilion ringgit pada 2024 (iaitu pengurangan melebihi RM20 bilion dalam tempoh dua tahun).

Pelaksanaan reformasi fiskal di bawah kerajaan MADANI telah membuahkan hasil dengan penurunan kadar defisit secara beransur-ansur daripada 5.5 peratus (2022) kepada 5.0 peratus (2023) dan seterusnya 4.1 peratus pada 2024.

Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan menyasar untuk mengurangkan defisit kepada 3.8 peratus daripada KDNK. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings