the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ahmad Zahid sarankan Pesaka promosi silat ke temasya Olimpik

Timbalan Perdana Menteri sarankan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia bekerjasama dengan 91 negara promosi silat ke Sukan Olimpik.

NILAI: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) disaran bekerjasama dengan 91 negara yang mempunyai persatuan silat untuk mempromosi seni bela diri itu ke temasya Sukan Olimpik.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kerjasama itu penting bagi memperkukuh kedudukan sukan silat di peringkat antarabangsa.

Beliau yakin Presiden Persekutuan Silat Antarabangsa dari Indonesia Prabowo Subianto akan bersama-sama membawa silat ke temasya Olimpik.

“Kita mengharapkan lebih banyak negara yang akan mempunyai persatuan pesilat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Silat Pesaka Malaysia 2025.

Ahmad Zahid berkata silat perlu mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk dipertandingkan di Olimpik.

Beliau berharap sekurang-kurangnya tiga perempat negara di dunia menceburi sukan silat itu.

Terdapat 414 persatuan atau perguruan silat berdaftar di seluruh negara menunjukkan minat yang semakin meningkat.

Presiden Pesaka Malaysia Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata pihaknya telah berunding dengan Majlis Olimpik Asia berhubung perkara itu.

Sukan silat juga dipertontonkan sebagai acara demonstrasi ketika temasya Olimpik Paris yang lepas.

“Timbalan Perdana Menteri amat-amat serius ingin melihat agar silat dapat ditandingkan pada peringkat Olimpik,” katanya.

Respon yang diterima daripada pemimpin Olimpik dunia sangat positif membuka ruang untuk silat disenaraikan secara rasmi.

Silat berpotensi disenaraikan dalam temasya Olimpik 2028 atau Olimpik 2032.

Seni bela diri itu kini mempunyai wakil di lima benua utama dunia dengan federasi di setiap rantau. – Bernama

Related

spot_img

Latest

AECOM’s 3D Digital Ecosystem and 3D Digital Map Win Multiple Smart City Awards, Showcasing Hong Kong’s Leadership in Urban Innovation

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 January 2026 -AECOM, the trusted global infrastructure leader, is proud to announce that its 3D Digital Ecosystem and 3D Digital Map — developed in partnership with Hong Kong's Lands Department (LandsD) and AECOM's digital team — have been recognized by three leading smart city award bodies across Asia, highlighting Hong Kong's growing influence in digital urban development and AECOM's role in driving digital transformation across the region.

Most Viewed

HGC Launches Carrier Network Extension Plus (CNX+) — a One Stop Solution That Opens a Strategic Gateway to Hong Kong for International Carriers

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 January 2026 - HGC Global Communications ("HGC" or the "Group"), a fully-fledged ICT service provider and network operator with extensive global coverage, announces the launch of Carrier Network Extension Plus (CNX+), a comprehensive one-stop shop solution designed to empower global carriers, OTT providers, ISPs, and cloud providers to enter the Hong Kong market quickly and cost‑effectively.
spot_img

Popular Categories