Monday, November 24, 2025
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Alex Marquez juara GP Malaysia 2025, Acosta kedua di Sepang

Alex Marquez raih kemenangan ketiga musim ini di GP Malaysia 2025, Pedro Acosta tempat kedua, Joan Mir lengkapkan podium ketiga.

SEPANG: Alex Marquez mempamerkan aksi menakjubkan untuk merangkul kejuaraan ketiganya musim ini pada perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Pelumba pasukan BK8 Gresini Racing MotoGP yang bermula di petak kedua di belakang juara bertahan GP Malaysia Francesco Bagnaia dari Ducati Lenovo Team tidak menunggu lama untuk membuktikan penguasaannya.

Memasuki pusingan kedua perlumbaan, Marquez melakukan gerakan berani memintas Bagnaia untuk merampas kedudukan pendahulu dan kekal tanpa digugat.

Pelumba berusia 29 tahun itu menempuh bahang litar tanpa menoleh lagi, meninggalkan pencabarnya untuk menamatkan perlumbaan dengan merekodkan 40 minit 09.249 saat.

Pertarungan sengit bagi merebut kedudukan kedua membuatkan peminat sukan permotoran tidak senang duduk apabila pelumba Red Bull KTM Factory Racing Pedro Acosta memberikan tekanan kepada Bagnaia.

Acosta berjaya memintas pada pusingan ke-13, dan kekal konsisten hingga penamat dengan 2.676s di  belakang pendahulu.

Kedudukan Bagnaia semakin merosot sebelum memasuki pit dan menarik diri daripada perlumbaan yang berbaki lagi tiga pusingan.

Pelumba Honda HRC Castrol Joan Mir melengkapkan podium di tempat ketiga dengan 8.048s di belakang Marquez.

Setakat hari ini, Marquez mengumpul 413 mata, mengikuti rapat  di belakang abangnya Marc Marquez dari Ducati Lenovo Team, yang terpaksa menamatkan musim lebih awal selepas mengalami kecederaan tulang selangka dengan 545 mata.

Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing ketiga dengan 291 mata manakala Bagnaia keempat selepas mengutip  286 mata dalam kedudukan carta kejuaraan selepas 20 pusingan.

Perlumbaan seterusnya ialah GP Portugal yang berlangsung pada 7 hingga 9 Nov di Litar Antarabangsa Algarve. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Hualien Launches the Magnificent 2025 Pacific Hot Spring Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 21 November 2025 - The Hualien County Government has announced that the "2025 Hualien Pacific Hot Spring Festival" will be held grandly from November 22nd to December 21st at the century-old hot spring areas: Ruisui and Antong.

AIA Unveils “On Your Side” Critical Illness Protection Series Featuring Multiple First-in-Market Coverages

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 - AIA Hong Kong & Macau announces the launch of its new "On Your Side" Critical Illness Protection Series products, offering customers flexible and caring health protection solutions tailored to the diverse needs across different life stages.

ONYX Hospitality Group Launches ‘Beyond the Festivities’ Campaign for the 2025 Holiday Season

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 -ONYX Hospitality Group, one of the leading regional players in Southeast Asia, is delighted to announce the launch of its 2025 holiday season campaign, "Beyond the Festivities."

Taiwan Smart Security Alliance Launches “ACI Defense: Security and Rescue” Brand in Thailand

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 21 November 2025 - In recent years, the Thai government has been actively promoting smart city development and the Eastern Economic Corridor (EEC) initiative. As Bangkok ranks among the world's top international tourist destinations, issues such as the prevalence of firearms and persistent armed conflicts in southern Thailand have created an urgent need for disaster prevention and crime control. To address these challenges, the Taiwan Smart Security Alliance integrated 11 Taiwanese companies specializing in software, hardware, AIoT, big data, edge computing, geospatial data, and cloud services, and jointly launched the smart security brand "ACI Defense: Security and Rescue."

Most Viewed

spot_img

Popular Categories