the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aminuddin: N.Sembilan optimis capai sasaran pelaburan baharu lebih RM10b tahun ini

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan optimis untuk mencapai sasaran pelaburan baharu melebihi RM10 bilion pada tahun ini sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata keyakinan itu berdasarkan kepada kewujudan beberapa kawasan perindustrian baharu yang telah siap sepenuhnya dan berupaya menarik minat pelabur dalam dan luar negara.

“Insya-Allah, kita lihat pelaburan besar dengan sasaran lebih RM10 bilion tahun ini, dan dengan adanya kawasan industri itu, kita yakin ia menyumbang kepada pelaburan baharu. Pelabur juga menunjukkan minat dan datang bertanya pada Invest NS bagi melihat potensi di negeri ini.

“Ia (Invest NS) adalah pusat menyampaikan maklumat tentang pelaburan dan membantu pelabur berminat untuk terus melabur di sini, kita beri bantuan teknikal dan kelulusan segera bagi memastikan proses dilaksanakan dengan cepat dan cekap. Sudah ada beberapa syarikat besar (mahu melabur) tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau sebelum ini memaklumkan Negeri Sembilan berjaya mencapai sasaran pelaburan yang ditetapkan melalui 189 projek diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM10.1 bilion pada tahun lepas iaitu lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam perkembangan lain, beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membuat kajian berhubung kelonggaran waktu bekerja pada Jumaat kepada penjawat awam wanita sepanjang Ramadan ini.

Bagaimanapun, Aminuddin berkata kerajaan negeri sebelum ini sudah melaksanakan sistem Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) kepada penjawat awam negeri yang pastinya telah membantu mereka menguruskan waktu dengan baik. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings