the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amirudin: Selangor hantar surat hasrat setuju laksana Akta Pengurusan Sisa Pepejal

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menghantar surat hasrat (LoI) kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam tempoh segera berhubung pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata keputusan mengenai perkara itu telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Rabu lepas, antara lain untuk membolehkan rundingan dan perbincangan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan KPKT dapat dilaksanakan.

“Kita akan hantar surat itu hari ini atau selewatnya pada Isnin. LoI ini akan diikuti dengan rundingan dan perbincangan berkaitan kerana perjanjian pelaksanaan antara Persekutuan dan negeri perlu dilakukan.

“Banyak yang perlu diserahkan kerana pelaksanaan ini juga melibatkan sebahagian kuasa di bawah PBT, sebab itu perjanjian tidak hanya antara kerajaan negeri dan KPKT tetapi juga membabitkan KPKT dan PBT,“ katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dan syarikat jualan motosikal iMotorbike di sini hari ini.

Amirudin berkata semua urusan itu perlu diselesaikan segera kerana kerajaan negeri menyasarkan pelaksanaan akta itu dapat direalisasikan tahun ini mengikut peruntukan kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini Menteri KPKT Nga Kor Ming dilaporkan berkata pihaknya sedang menunggu keputusan kerajaan negeri Selangor berhubung pelaksanaan Akta 672 di negeri itu bagi membolehkan kementerian mengambil langkah seterusnya, termasuk melakukan rundingan secara terperinci.

Setakat ini tujuh negeri telah menggunakan akta tersebut iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Akta itu untuk memastikan keseragaman undang-undang dalam mengawal selia pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap serta merancakkan ekonomi kitaran. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings