the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Angka kematian akibat gempa bumi Jepun meningkat kepada 48

TOKYO: Angka kematian di wilayah Ishikawa meningkat kepada 48 orang setakat 3.30 petang waktu tempatan selepas siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar pada Isnin, Xinhua memetik laporan penyiar kebangsaan NHK pada Selasa.

Ramai orang dilaporkan cedera di wilayah Ishikawa, Niigata, Fukui, Toyama dan Gifu.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dalam sidang media pada Selasa berkata bahawa usaha bantuan terhalang akibat halangan di jalan raya.

“Ini juga menyukarkan penghantaran jentera berat. Kami sedang memikirkan kaedah bersesuaian dan menggunakan kapal mungkin menjadi antara pilihan,“ kata perdana Menteri itu.

Beberapa siri gempa bumi kuat dengan terbesar berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Semenanjung Noto di wilayah Ishikawa pada Isnin.

Agensi Meteorologi Jepun secara rasmi menamakannya Gempa Bumi Semenanjung Noto 2024.

Agensi itu telah menarik balik semua amaran tsunami di sepanjang Laut Jepun, namun memberi amaran gegaran susulan yang kuat mungkin berlaku pada minggu seterusnya terutamanya dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.

Sejak Isnin, Jepun telah dilanda sekurang-kurangnya 155 siri gempa bumi. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings