the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir di Baling pulih, dua PPS ditutup

ALOR SETAR: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling bagi menempatkan 102 mangsa banjir sejak malam tadi akan ditutup pada 7 malam ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mej (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing susulan keadaan banjir yang telah pulih.

“PPS Masjid Islahiyah Tawar dan PPS Masjid Binjul Luar yang menempatkan 102 orang daripada 33 keluarga itu akan ditutup sepenuhnya pukul 7 malam nanti,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, kesemua mangsa itu dipindahkan ke dua PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlaku di sekitar Baling sejak petang semalam.

Hujan lebat di daerah itu juga telah menyebabkan air Sungai Ketil melimpah ke tebing di Kampung Padang Empang dan Kampung Iboi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings