the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan maut dipercayai didera rakan lelaki ibunya dalam kejadian di sekitar daerah Besut, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata siasatan awal mendapati bayi berkenaan telah diserahkan ibunya yang berusia 27 tahun kepada suspek pada Selasa lepas untuk dijaga pada kira-kira 4 petang.

“Mangsa kemudian dihantar semula kepada ibunya pada 7.30 pagi semalam bagaimanapun dalam keadaan tidak sedarkan diri selain mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozal berkata bayi tersebut telah disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kampung Raja, Besut dan hasil bedah siasat awal di Hospital Sultanah Nur Zahirah mendapati terdapat kebocoran pada usus kecil mangsa yang dipercayai menyebabkan kematian bayi malang itu.

Bagaimanapun, beliau berkata punca kebocoran itu masih belum dikenal pasti sama ada ia disebabkan oleh trauma atau jangkitan kuman dan sampel telah dihantar ke makmal bagi tujuan pengesahan.

“Sehubungan itu, polis telah menahan ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan akan direman hari ini. Polis kini sedang memburu suspek lelaki berkenaan yang masih bebas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau keberadaan suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Faiz Che Mamat di talian 014-6329916 atau ibu pejabat polis daerah Besut di talian 09-6956222,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings