the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas CEO institut automotif didakwa lagi, tuduhan tipu RM6.4 juta

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif institut automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu Lembaga Pengarah Malaysia Automotive Robotics And IOT Institute (MARii) bagi mendapatkan kontrak penyediaan latihan automotif bernilai RM6.4 juta, lima tahun lepas.

Datuk Mohamad Madani Sahari (gambar), 57, didakwa menipu lembaga pengarah MARii dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa harga ditawarkan oleh syarikat LPS Learning Platform adalah RM6.4 juta sedangkan harga sebenar ditawarkan RM2.3 juta.

Perbuatan itu mendorong lembaga pengarah tersebut untuk menyerahkan kontrak bernilai RM6.4 juta kepada syarikat LPS Learning Platform dengan meluluskan cadangan pelantikan syarikat itu sebagai “penyedia latihan bagi wilayah Tengah, Pantai Timur, Selatan serta Sabah & Sarawak pada harga kontrak keseluruhan RM6.4 juta” yang lembaga pengarah berkenaan tidak akan menyerahkan kontrak itu kepada syarikat LPS Learning dengan meluluskan cadangan pelantikan tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik mesyuarat di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral Dua di sini antara 10.50 pagi hingga 3.35 petang, 14 Dis 2019 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Law Chin How memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM300,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.

“Tertuduh sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan esok dia akan didakwa lagi di mahkamah sama di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

“Pihak kami akan memohon untuk memindahkan kes di Mahkamah Shah Alam untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini,” kata Law yang mengendalikan kes bersama TPR Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Haresh Prakash Somiah.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Mohamad Madani berkata pihaknya bersetuju untuk mengguna pakai jaminan tersebut selain memaklumkan anak guamnya tidak pernah gagal hadir ke mahkamah sejak dituduh pada April 2023.

Hakim Rozina Ayob membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengguna pakai wang jaminan RM300,000 dan menetapkan 29 Feb ini untuk sebutan kes.

Pada 14 April tahun lepas, Mohamad Madani didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah RM5 juta daripada seorang individu menerusi akaun bank sebagai upah kerana membantu sebuah syarikat mendapat surat penganugerahan berjumlah RM12 juta.

Dia turut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 8 Mei tahun lepas atas pertuduhan meminta suapan RM5 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan program latihan dan penempatan pekerja. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings