the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2024: Pahang sasar kutipan hasil RM1.137b

KUANTAN: Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.137 bilion tahun depan iaitu unjuran tertinggi setakat ini dengan peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (gambar) berkata bagi mencapai sasaran itu, antara sumber pendapatan baharu adalah tenaga boleh diperbaharui dan hasil daripada sektor industri, memandangkan terdapat pelaburan baharu yang dicapai kebelakangan ini.

“Kita juga akan menguruskan kebocoran dan ketirisan dengan lebih baik kerana terdapat lagi beberapa agensi yang didapati menanam (membuka ladang) lebih daripada (keluasan tanah) yang kita berikan. Kita akan minta supaya mereka membayar cukai kepada kerajaan negeri.

“Jika mereka tidak bersetuju, kita boleh mengambil tanah itu dan memberikan kepada pihak lain yang bersetuju untuk membayar hasil kepada kita,“ katanya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2024 dengan tema ‘Pahang Prihatin, Rakyat Makmur’ di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Belanjawan 2024, menurut Wan Rosdy disediakan dengan terperinci dan mencakupi semua lapisan masyarakat serta meliputi pelbagai aspek termasuk pertanian, pelancongan, usahawan, pelaburan, infrastruktur dan pendidikan.

Antara perkara baharu pada belanjawan itu ialah penubuhan Tabung Prihatin Pahang dengan peruntukan RM5 juta sebagai bantuan kepada golongan B40 termasuk bagi membiayai penyakit kronik dan mewujudkan Akademi Mineral Malaysia Pahang dengan peruntukan RM2.21 juta di Lipis.

“Daerah Lipis dipilih kerana mineral banyak di sebelah Pahang Barat. Akademi ini berperanan sebagai pusat pembelajaran yang menawarkan program pendidikan dan latihan serta perkhidmatan teknikal berasaskan industri mineral,“ katanya.

Untuk membantu rakyat yang mencari kerja, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri akan mewujudkan Pangkalan Data Utama Pekerjaan Pahang dikenali CariKerja@Pahang dengan kos RM2.5 juta manakala program Pahang 1st Job dengan kos RM1.5 juta bermatlamat membantu siswazah yang baru memasuki pasaran kerja.

Selain itu, peruntukan RM58.93 juta dicadangkan untuk mempertingkatkan sektor pertanian dan asas tani selain RM1.35 juta bagi meneruskan kesinambungan Program Langganan Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit (PRISMA) 2.0 untuk kawasan yang menghadapi masalah capaian Internet termasuk kampung tradisi dan Orang Asli.

Bagi aspek pendidikan, Wan Rosdy berkata antara program yang akan dilaksanakan ialah Program Peningkatan Pendidikan Murid Asli (PEDULI) bertujuan membimbing murid Orang Asli untuk meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah dan Program Baca Cepat Kawanku (BCK) bagi murid tahun satu di 12 sekolah rintis Orang Asli dan kawasan pedalaman.

“Beberapa lagi inisiatif diberikan kepada masyarakat Orang Asli, antaranya Program Baik Pulih Rumah Orang Asli dengan peruntukan RM1.5 juta, RM300 setiap pasangan di bawah insentif perkahwinan kali pertama Orang Asli dan Program Pembangunan Belia Orang Asli dengan peruntukan RM200,000,“ katanya.

Beliau berkata peruntukan RM1.65 juga diberikan untuk naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan sukan Majlis Sukan Pahang seperti lapang sasar menembak, gelanggang terbuka dan gimnasium selain RM2 juta sebagai persediaan atlet Pahang ke Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun depan.

Pada tahun depan, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri akan meneruskan program membantu rakyat sedia ada seperti Bantuan Prihatin Pahang (BPP) dengan peruntukan RM38.08 juta, pemberian RM300 kepada 25,000 bayi baru lahir dan RM7.5 juta bagi pemberian set bantuan pembukaan sekolah kepada pelajar miskin tegar. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings