the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Denggi: P.Pinang rekod sembilan kematian setakat 20 Nov

GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu sebanyak sembilan kematian membabitkan kes demam denggi di negeri itu direkodkan setakat 20 Nov lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi berkata bagi minggu epidemiologi (ME) 47/2023, sebanyak 6,720 kes demam denggi direkodkan.

“Jumlah kes terkumpul bagi penyakit bawaan vektor itu mengikut daerah ialah Timur Laut 1,160 kes, Barat Daya (660 kes) Seberang Perai Utara (439 kes), Seberang Perai Tengah (3,286 kes) dan Seberang Perai Selatan (1,175 kes),“ katanya ketika menggulung usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Pulau Pinang pada sidang DUN di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menjalankan pelbagai usaha bagi memerangi demam denggi dengan menggerakkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi bagi mengukuhkan kerjasama antara agensi yang terlibat secara langsung antaranya Program COMBI (Communication For Behavioural Impact) dalam kawalan demam denggi di peringkat daerah dan negeri.

Gooi berkata pihaknya juga meningkatkan program gotong-royong pada tahun ini iaitu sebanyak 563 program telah dijalankan berbanding 117 pada tahun lepas iaitu hampir lima kali ganda peningkatan bagi menangani dan memerangi ancaman demam denggi.

Pada masa yang sama, katanya tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya juga diambil mengikut peraturan dan undang-undang dalam usaha membantu kawalan wabak demam denggi.

“Pada 2022 menyaksikan sebanyak 1,757 notis di bawah Seksyen 8, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan jumlah 1,063 kompaun dikeluarkan, manakala bagi tahun ini pula sebanyak 2,302 notis dikeluarkan dan bilangan kompaun pula ialah 1,786,“ katanya.

Persidangan DUN ditangguh dan akan bersambung esok. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings