the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ditawarkan gaji hingga RM10,000, lelaki diperdaya sindiket tawar pekerjaan di Myanmar

KUALA LUMPUR: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib dialami seorang rakyat Malaysia yang terperangkap dengan sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar selepas hilang pekerjaan sebagai pekerja restoran disebabkan pandemik Covid-19.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Anthony, 26, berkata selepas hilang kerja, dia tidak dapat menolak tawaran kerja yang diiklankan menerusi Facebook sebagai jurujual emas di luar negara pada Mac tahun lepas dengan gaji lumayan hingga RM10,000 sebulan.

Menurut Anthony, selepas selesai temu duga dia dibawa ke sebuah hotel di Kajang untuk menginap di sana selama sembilan hari sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berlepas ke Thailand.

“Selepas dua hari tinggal di sebuah hotel di Mae Sot, Thailand, saya sedar saya ditipu sindiket berkenaan dan meminta untuk pulang ke Malaysia.

“Namun, majikan meminta saya membayar segala kos, termasuk tiket penerbangan, pemeriksaan kesihatan dan perbaharuan pasport sebanyak RM3,268.88 (5,000 Renminbi), selain mengugut untuk membakar rumah keluarga saya di ibu negara,“ katanya pada sidang media di sini hari ini, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim.

Anthony berkata disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk membayar kos itu, majikannya menghantarnya bekerja di KK Garden, Myanmar bermula April hingga November tahun lepas sebagai ‘love scammer’.

Menurut Anthony, walaupun berhasrat berhenti melakukan kegiatan terbabit, tanpa disedarinya dia telah dijual kepada satu sindiket penipuan cinta di Laukkaing, Myanmar yang didalangi warga China pada November kerana enggan membayar RM3,268.88 itu.

Setelah dipukul sebanyak 50 kali kerana gagal mencapai sasaran pendapatan harian, Anthony berkata dia bertindak melarikan diri dari kawasan itu sebelum ditahan pihak berkuasa Myanmar.

“Saya juga menghubungi kakak di Malaysia pada 5 Nov lepas untuk memaklumkan keadaan saya dan memintanya untuk membawa saya keluar dari situ,“ katanya.

Kakak Anthony yang dikenali sebagai Serena dan turut hadir pada sidang akhbar itu berkata selepas dihubungi adiknya meminta diselamatkan, dia terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada hari berikutnya (6 Nov).

Menurut Serena, dia turut meminta bantuan daripada Ahli Parlimen lain termasuk Kok untuk membawa adiknya pulang ke tanah air.

Dalam pada itu, Kok turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutamanya Kementerian Luar Negeri kerana berjaya menyelamatkan mangsa-mangsa sindiket pulang ke tanah air.

“Saya ucap terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan China, tanpa kerjasama (daripada kedua-dua negara), kita tidak akan dapat jumpa (dengan mangsa) di sini,“ katanya.

Pada Jumaat lepas, 121 rakyat Malaysia berusia 20 hingga 50 tahun yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar ekoran pergolakan di wilayah berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air melalui pelaksanaan misi evakuasi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings