the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 31, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

China gesa penyelesaian damai isu Palestin dipercepat

China gesa perjanjian gencatan senjata dipatuhi dan penyelesaian dua negara dimajukan bagi isu Palestin di sidang PBB

NEW YORK: China menggesa supaya usaha dilakukan untuk mempercepat penyelesaian isu Palestin menerusi pendekatan politik.

Gesaan itu dibuat Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sun Lei semasa mesyuarat sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB.

UNGA menerima pakai resolusi mengenai penyelesaian damai isu Palestin, dengan 151 undi menyokong termasuk China, 11 menentang termasuk Amerika Syarikat dan Israel, manakala 11 lagi berkecuali.

Sun menyeru agar pihak-pihak terbabit mematuhi perjanjian gencatan senjata secara menyeluruh.

Beliau mendesak pihak pengantara mengambil langkah lebih berkesan untuk memastikan perjanjian berkenaan dapat dilaksanakan.

Sun mengulangi pendirian China berhubung keperluan untuk menjunjung prinsip ‘rakyat Palestin mentadbir Palestin’.

China juga mahu pembinaan semula dan pentadbiran Gaza pasca konflik digerakkan.

Komuniti antarabangsa harus meneroka pendekatan yang boleh laksana untuk memajukan pelaksanaan ‘penyelesaian dua negara’.

China menyokong Palestin menubuhkan sebuah negara merdeka seawal mungkin dan menjadi anggota penuh PBB. – Bernama-CMG

Related

spot_img

Latest

Whisky Mansion Hits 90% Storage Capacity in Four Months, Housing Over $12 Million in Rare Whisky

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - Whisky Mansion, the hybrid luxury storage, boutique, and social facility spanning 5 storeys at 44A Circular Road in Singapore's Raffles Place, has reached 90% storage capacity within four months of opening.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories