China gesa Kemboja dan Thailand hentikan keganasan, lindungi orang awam dan cari penyelesaian damai melalui dialog langsung dan ASEAN.
BEIJING: China secara proaktif mendorong rundingan damai antara Kemboja dan Thailand.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun menyatakan sokongan terhadap dialog langsung antara kedua-dua negara.
China turut menyokong usaha pengantaraan yang dilakukan ASEAN, khususnya Malaysia.
Pihaknya juga menyokong pencarian penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak di bawah rangka ASEAN.
Guo mengulas mengenai konflik kekerasan yang berlaku di sempadan Kemboja-Thailand dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin.
Beliau menekankan keutamaan pada masa ini adalah menghentikan kekerasan dan melindungi orang awam.
“Kemboja dan Thailand diharap bersabar dan mengambil segala tindakan yang kondusif untuk mewujudkan gencatan senjata demi meredakan ketegangan,” katanya. – Bernama-CMG








