the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Upacara di makam Ataturk protokol rasmi lawatan ke Turkiye, kata Anwar

Anwar Ibrahim jelaskan upacara letak kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk adalah protokol rasmi wajib bagi semua ketua negara yang lawat Turkiye.

ISTANBUL: Upacara meletakkan kalungan bunga di makam pengasas Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk, merupakan protokol rasmi yang perlu dipatuhi semua ketua negara semasa lawatan rasmi ke negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata upacara berkenaan bukan bersifat pilihan peribadi atau mencerminkan pendirian ideologi mana-mana pemimpin, sebaliknya merupakan keperluan diplomatik yang telah lama diamalkan kerajaan Turkiye.

“Semua ketua negara yang mengadakan kunjungan rasmi dikehendaki melakukan upacara tersebut. Setuju atau tidak, itulah rangkaian program rasmi yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang media sebelum berlepas pulang ke tanah air setelah mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye hari Khamis (Januari 8).

BACA: Anwar tiba di Istanbul untuk akhiri lawatan rasmi ke Turkiye

Anwar berkata amalan itu terpakai tanpa mengira parti atau kepimpinan yang mentadbir Turkiye, dan telah dilalui semua Perdana Menteri Malaysia yang pernah mengadakan lawatan rasmi ke negara itu sebelum ini.

“Kerajaan mana pun yang memerintah di Turkiye, itulah perintahnya. Semua Perdana Menteri Malaysia yang datang secara rasmi sebelum ini, sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Najib Tun Razak, turut melalui upacara sama,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata penghormatan berkenaan perlu dilihat dalam konteks sejarah Turkiye, khususnya peranan Mustafa Kemal memimpin gerakan menentang percubaan kuasa Bersekutu selepas Perang Dunia Pertama untuk memecah-belah wilayah Empayar Uthmaniyyah, yang akhirnya membawa kepada pembebasan dan pembentukan republik moden itu.

“Jadi, rakyat Turkiye melihat Mustafa Kemal dalam konteks tersebut. Tentunya, saya juga ada pendapat peribadi yang kuat, kerana tatkala dia memimpin dan menguasai, ada beberapa keputusan yang saya rasa tak serasi dengan pandangan saya, tentang Islam, pertukaran bahasa, tulisan dan sebagainya.

“…tetapi itu tidak boleh memadamkan sumbangan, peranan dan sikap rakyat Turkiye tentang seorang tokoh besar yang berjaya membebaskan negara mereka daripada percubaan meleburkan dan menjadikannya sebahagian daripada wilayah di bawah penjajah Eropah,” kata beliau.

Sehubungan itu, Anwar menasihati orang ramai supaya tidak membuat penilaian tergesa-gesa atau menghukum tanpa memahami konteks sejarah serta amalan diplomatik antarabangsa yang menjadi kebiasaan dalam hubungan antara negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings