the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hujan lebat di Gaza ragut 10 nyawa, WHO beri amaran wabak penyakit

WHO laporkan sekurang-kurangnya 10 maut di Gaza akibat hujan lebat, amarkan risiko wabak penyakit berikutan keadaan hidup yang teruk

ISTANBUL: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang di Semenanjung Gaza meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu akibat hujan lebat, ketika ribuan keluarga  berlindung di dalam khemah dengan perlindungan amat terhad terhadap musim sejuk. 

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran menerusi media sosial bahawa pendedahan berterusan kepada cuaca buruk, bekalan air dan sanitasi yang tidak mencukupi, serta keadaan tempat tinggal yang sesak berkemungkinan mencetuskan peningkatan jangkitan pernafasan akut, termasuk influenza, selain hepatitis dan penyakit cirit-birit, lapor Anadolu Ajansi.

Beliau berkata WHO terus berdepan halangan dalam usaha menghantar reagen makmal dan peralatan diagnostik ke Gaza, sambil memaklumkan bahawa banyak bekalan dinafikan kemasukan selepas diklasifikasikan sebagai barangan dwiguna.

Tedros menyeru kemasukan segera bahan-bahan penting berkenaan, dengan menegaskan ia kritikal bagi pengesanan awal, tindak balas dan rawatan tepat pada masanya terhadap penduduk yang berdepan risiko penularan penyakit di wilayah itu.

Israel telah membunuh lebih 70,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain dalam serangan di Gaza sejak Oktober 2023, meskipun gencatan senjata diumumkan.

Tentera Israel dilaporkan berulang kali melanggar gencatan senjata itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 386 rakyat Palestin dan mencederakan 1,018 yang lain sejak perjanjian berkenaan berkuat kuasa pada 10 Okt. – Bernama-Anadolu

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

China executes four more Myanmar scam ring leaders

China has executed four more leaders of major Myanmar-based telecom fraud syndicates, bringing the total to 15 in under a week as Beijing intensifies its crackdown.

Jurgen Klopp joins Sir Kenny Dalglish’s LFC Legends management team for Borussia Dortmund charity clash

Jurgen Klopp will return to the Anfield dugout after joining Sir Kenny Dalglish’s management team for this year’s LFC Foundation Legends charity match against Borussia Dortmund Legends.The former Liverpool boss will assist Dalglish when LFC Legends face BVB Legends on March 28, 2026. They will be joined on the sidelines by club ambassadors Ian Rush and John Aldridge.
spot_img

Popular Categories