the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PBB sedih dengan kematian akibat banjir, tanah runtuh di empat negara Asia

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sedih dengan kematian lebih 1,000 orang akibat banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan Malaysia.

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berasa amat sedih dengan kehilangan nyawa akibat banjir besar dan tanah runtuh di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Jurucakapnya Stephane Dujarric berkata Ketua PBB itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menzahirkan solidaritinya dengan semua yang terjejas.

PBB sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa di keempat-empat negara dan bersedia membantu usaha bantuan dan respons.

BACA: Rakyat Malaysia hilang dalam tanah runtuh di Sumatera Barat: Wisma Putra

Pasukan Negara PBB juga bersedia memberikan sokongan yang diperlukan kepada kerajaan masing-masing.

Lebih 1,000 orang dilaporkan terkorban, dengan ramai masih hilang dan berjuta-juta terjejas.

Hujan lebat terus membanjiri kawasan yang luas di empat negara berkenaan.

Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh di tiga wilayah di Pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 712 orang.

Lebih 400 rakyat Sri Lanka pula terkorban akibat tanah runtuh dan banjir berpunca daripada Siklon Ditwah. – Bernama-Xinhua

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Kerajaan lancar RPN 2026-2035, perkasa ekosistem pendidikan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 pada 20 Januari bagi memperkukuh sistem pendidikan nasional yang bermutu dan berdaya saing.

KPDN sita 3,545 keping emas palsu bernilai RM82,725

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 3,545 keping emas palsu bernilai RM82,725 dalam operasi khas di sebuah premis di Pusat Perniagaan Kuchai Lama.
spot_img

Popular Categories