Sunday, November 16, 2025
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengangguran belia berpendidikan tinggi Korea Selatan capai paras tertinggi

Bilangan belia Korea Selatan berijazah sarjana muda menganggur lebih enam bulan catat paras tertinggi 13 bulan, dengan 35,000 kes Oktober lalu

SEOUL: Bilangan belia Korea Selatan berpendidikan tinggi yang menganggur lebih enam bulan mencapai paras tertinggi dalam 13 bulan pada Oktober lalu.

Data Statistik Korea menunjukkan seramai 119,000 individu melaporkan masih menganggur lebih enam bulan walaupun aktif mencari kerja.

Angka ini merupakan tertinggi dalam tempoh empat tahun dengan pengangguran jangka panjang membentuk 18.1% daripada 658,000 penganggur nasional.

Khusus dalam kalangan belia berusia 20-an dan 30-an pemegang ijazah sarjana muda, jumlahnya mencecah 35,000 kes.

Ini merupakan paras tertinggi sejak September tahun lepas apabila angka serupa mencapai 36,000 kes.

Kadar pengangguran jangka panjang kekal melebihi 100,000 semasa pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021.

Sebelum ini, angka tersebut berada di bawah paras 100,000 sebelum melonjak semula bulan lepas.

Walaupun jumlah belia yang diklasifikasikan sebagai “berehat” tanpa mencari kerja menurun, pakar menyatakan isu keserasian pekerjaan dalam kalangan graduan masih belum diselesaikan. – Bernama-Yonhap

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories