the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
23.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Suspek serangan Bondi Beach bertindak sendirian, kata polis Australia

Polis Australia sahkan suspek serangan tembakan di Bondi Beach bertindak bersendirian, tiada kaitan dengan sel lebih besar, dengan 15 maut dan 42 cedera.

ISTANBUL: Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia Krissy Barrett mengesahkan bahawa dua suspek serangan tembakan di Bondi Beach, Sydney bertindak secara bersendirian.

Beliau berkata tiada bukti menunjukkan lelaki bapa dan anak itu bertindak sebagai sebahagian daripada sel yang lebih besar.

Kenyataan itu dibuat semasa memberikan perkembangan terkini mengenai operasi mencegah keganasan susulan serangan pada 14 Disember.

Dalam insiden semasa sambutan Hanukkah itu, seramai 15 orang maut manakala kira-kira 42 yang lain cedera.

Seorang suspek maut dan seorang lagi cedera parah dalam kejadian tersebut.

Lelaki berusia 24 tahun, Naveed Akram, telah didakwa atas 59 pertuduhan termasuk 15 pertuduhan membunuh.

Barrett menegaskan tiada bukti menunjukkan Naveed dan bapanya, Sajid, diarahkan oleh pihak lain untuk melancarkan serangan.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mempertahankan keputusan untuk tidak menubuhkan Suruhanjaya Diraja peringkat nasional berhubung insiden itu.

Beliau berkata Canberra kini memberi tumpuan kepada usaha untuk “menyatukan negara”. – Bernama, Anadolu

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories