the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiga maut, lima cedera dalam serangan pengganas di Peshawar, Pakistan

Serangan ke atas ibu pejabat Pasukan Konstabel Persekutuan di Peshawar, Pakistan menyebabkan 3 anggota keselamatan maut dan 5 cedera

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya tiga anggota keselamatan maut manakala lima yang lain cedera pada pagi Isnin dalam serangan di ibu pejabat Pasukan Konstabel Persekutuan di Peshawar, ibu kota wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan, menurut polis, lapor Xinhua.

Ketua Polis Khyber Pakhtunkhwa Zulfiqar Hameed memberitahu media bahawa seorang pengebom berani mati meletupkan jaketnya di pintu utama ibu pejabat Pasukan Konstabel Persekutuan.

Beliau berkata selepas serangan itu, dua pengganas memasuki kawasan perkarangan ibu pejabat berkenaan, namun anggota bertugas berjaya menembak mati kedua-dua suspek di tempat kejadian.

Beliau menambah bahawa seorang daripada dua pengganas yang maut itu merupakan pengebom berani mati, dan jaket sarat bahan letupan yang dipakainya meletup selepas berlaku tembakan.

Polis, pasukan keselamatan dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan membawa mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.

Polis telah menutup jalan menuju ke kawasan itu dan meminta orang ramai supaya berwaspada serta mengelakkan perjalanan yang tidak perlu ke wilayah berkenaan.

Pasukan keselamatan telah melancarkan operasi mencari dan membersihkan kawasan di sekitar lokasi serta di dalam kompleks ibu pejabat berkenaan.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengecam sekeras-kerasnya serangan pengganas itu, sambil menegaskan bahawa Pakistan akan menggagalkan segala rancangan jahat pihak yang cuba mengancam kedaulatan negara. – Bernama-Xinhua

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories