the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu maut, penumpang cedera parah kereta terjunam parit

Seorang pemandu maut dan penumpangnya cedera parah selepas kereta mereka hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit di Jalan Kuching-Serian.

KUCHING: Seorang pemandu lelaki maut manakala penumpangnya cedera parah selepas kereta mereka terjunam ke dalam parit di Batu 8, Jalan Kuching–Serian, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Supt Damataries Lautin berkata kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu mengorbankan Bong Biing Wen, 51.

Mangsa yang memandu kereta Honda Civic itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kuching ke Batu 17, Jalan Kuching–Serian.

“Setibanya di lokasi kejadian, ketika kenderaan bergerak lurus, pemandu (Bong) dipercayai hilang kawalan sebelum kereta itu terbabas dan terjunam ke dalam parit di sebelah kanan jalan,” katanya.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Penumpang berusia 23 tahun yang cedera parah di kepala turut dibawa ke hospital sama.

Kemalangan itu sedang disiasat lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pasukan bomba dari Balai Kota Sentosa tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.42 malam.

Kedua-dua mangsa didapati tercampak keluar dari kenderaan.

Operasi menyelamat dilakukan menggunakan pengusung untuk membawa mangsa naik ke tebing jalan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings