the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guan Eng cadang peruntukan semua Adun k’jaan di naik kepada RM800,000 setahun

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih Lim Guan Eng (gambar) memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua Adun kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor.

Lim berkata perkara itu dicadangkan, memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri dilaporkan mencapai prestasi baik dan tidak ada sebab mengapa peruntukan Adun kerajaan tidak boleh ditambah, demi memberikan manfaat yang lebih kepada rakyat.

“Tambahan peruntukan ini adalah wajar dan juga membalas budi dan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang, atas kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada pengundi kita kepada Kerajaan Perpaduan.

“Sebagai negeri yang dianggap sama maju dengan Selangor, tidak ada sebab kita kalah dari aspek peruntukan pembangunan kawasan. Kalah kepada Selangor dari segi elaun dan ganjaran wakil rakyat tak apa, tetapi janganlah untuk pengundi kita di Pulau Pinang kalah kepada Selangor dalam aspek peruntukan pembangunan,” katanya semasa membahas menyokong Belanjawan 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengekalkan peruntukan kepada Adun kerajaan iaitu RM500,000, manakala Adun pembangkang sebanyak RM60,000 setahun.

Sementara itu, Lim berkata penting bagi kerajaan negeri menyokong penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang, sama seperti dengan apa yang diumumkan di Johor Bahru, Johor kerana ia bukanlah sesuatu yang memudaratkan atau negatif untuk negeri.

Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri membuat permohonan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan sokongan sebulat suara daripada semua Adun Pulau Pinang termasuk daripada pembangkang, maka peluang untuk diluluskan adalah lebih baik dan memanfaatkan masa depan negeri.

“Kalau boleh satu untuk selatan, mengapa tidaknya satu lagi untuk kawasan utara? Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) menyatakan perlu sedikit masa untuk membuat kajian dan saya syorkan agar Zon Kewangan Khas disetuju terima dengan segera, kerana bukanlah sesuatu yang memudaratkan atau negatif untuk Pulau Pinang dan harus dipersetujui.

“Saya tak rasa semua Adun termasuk pembangkang tak menentang kan (Zon Kewangan Khas) dan (nampaknya) disambut sebulat suara semuanya…sokong Zon Kewangan Khas ok baik, kalau setuju jelas sokongan sebulat suara Pulau Pinang diluluskan lebih baik dan memanfaatkan masa depan negeri,” katanya.

Lim berkata memandangkan Pulau Pinang kini mempunyai critical mass dengan asas industri pembuatan yang matang, ini akan memacu pembangunan dan merancakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan bukan sahaja di wilayah utara, tetapi untuk seluruh negara.

“Dengan cukai 15 peratus dan juga visa kemasukan berulang kali, ia akan menarik pekerja berkepakaran tinggi dan juga menyekat aliran keluar rakyat Malaysia yang berbakat tinggi,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings