the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu stoking tertera kalimah Allah: Polis Johor terima 25 laporan setakat ini

JOHOR BAHRU: Polis Johor telah menerima 25 laporan daripada pelbagai pihak berhubung isu kalimah Allah tertera pada stoking setakat ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar (gambar) berkata selain itu pihaknya menerima satu laporan daripada wakil sebuah kilang yang mengadu menerima ugutan berkaitan isu berkenan.

Beliau berkata berdasarkan aduan ugutan itu dilakukan secara bersemuka pada 19 Mac lepas, namun laporan polis hanya dibuat pada 23 Mac selepas kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial.

“Kes ini disiasat mengikut seksyen 506 kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings