the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jadual padat menanti PM di Tokyo, jumpa PM Kishida

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di Tokyo pada Jumaat untuk lawatan kerja lima hari, akan mengadakan mesyuarat bersama rakan sejawat Fumio Kishida, di pejabat beliau kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) pada Sabtu.

Jadual pergerakan yang dikongsikan Pejabat Perdana Menteri dengan media Malaysia di sini menunjukkan jadual yang padat menanti Anwar, bermula dengan mesyuarat pre-council bersama delegasi Malaysia pada 10 pagi di Hotel Imperial Tokyo di sini, sebelum bertemu Kishida.

Selepas mesyuarat dua hala itu, Anwar dan Kishida dijadualkan untuk menyaksikan Pertukaran Nota Pelaksanaan bagi Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan dan Memorandum Kerjasama mengenai Pembangunan dan Aplikasi Angkasa Lepas, antara kedua-dua negara.

Anwar dan delegasi akan bergerak semula ke hotel yang sama pada 12.30 tengah hari, untuk makan tengah hari bersama Pengerusi Kehormat Sasakawa Peace Foundation Tan Sri Sasakawa Yohei.

Selepas itu pada 2.30 petang, beliau akan mengadakan pertemuan bersama eksekutif utama tiga syarikat multinasional Jepun iaitu Rohm Wako, Toshiba dan Mitsui & Co. Ia diikuti dengan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri di Jepun pada 4.15 petang.

Anwar bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seterusnya dijadualkan menghadiri majlis makan malam pada 7 petang dihoskan oleh Kishida dan isterinya Yuko di Geihinkan, State Guesthouse Akasaka Palace.

Pada majlis makan malam itu, Anwar akan turut disertai dua menteri kabinet iaitu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings