the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JBPM tempatkan anggota di R&R Perasing pastikan bantuan kecemasan segera

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu akan menempatkan 15 anggotanya di kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang Op Selamat Musim Perayaan Aidilfitri 2024 bermula 8 April ini.

Pengarahnya Hassan ‘As’ari Omar berkata langkah itu bagi memudahkan dan mempercepat kehadiran bomba ke kawasan operasi sekiranya berlakunya kemalangan atau sebarang kerja menyelamat.

Beliau berkata pasukan bomba akan bertugas di situ untuk tempoh 24 jam mengikut syif dan giliran bagi memastikan pengguna LPT2 mendapat bantuan segera sekiranya perlu.

“Kita pilih R&R Perasing sebagai lokasi operasi kerana kedudukannya yang strategik dan boleh diakses dari kedua-dua arah LPT2 iaitu dari Kuala Terengganu-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Kuala Terengganu.

“Kita juga akan tempatkan sebuah jentera, sebuah ambulans Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan dua buah motosikal Rapid Intervention Motorcycle (RIM) bagi tujuan rondaan dan pemantauan di R&R itu,“ katanya pada sidang media pelancaran Ops Siap Siaga Raya dan Kempen Keselamatan Kebakaran JBPM Terengganu di Drawbridge hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Hassan turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelak berlakunya kebakaran pada musim perayaan.

“Pada musim panas begini elak melakukan pembakaran terbuka kerana api berisiko merebak dengan cepat.

“Pihak JBPM juga sering melakukan rondaan di kawasan berisiko seperti hutan untuk memastikan tidak berlaku kebakaran,“ katanya sambil menambah pihaknya menerima sebanyak 556 panggilan kes kebakaran bermula 1 Jan hingga Mac lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings