Monday, November 24, 2025
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Selangor sedia bawa pulang pelajar terkandas di Jakarta

Kerajaan Selangor bersedia sewa penerbangan khas bawa pulang 61 pelajar sekolah yang terkandas di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Jakarta.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersedia membawa pulang kesemua pelajar sekolah yang terkandas di Lapangan Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta pada Khamis lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya akan menghubungi kedutaan Malaysia di Jakarta untuk langkah susulan berhubung perkara itu.

Beliau menyatakan kerajaan negeri bersedia menyewa penerbangan khas atau menguruskan pemulangan pelajar-pelajar tersebut.

“Jadi saya akan semak nanti dengan pihak sekolah dan kementerian kalau ada perlu sokongan tertentu,” katanya.

Amirudin berkata beliau percaya terdapat isu yang perlu ditangani berhubung kejadian ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai 61 pelajar sekolah dari Selangor yang terkandas lebih tiga jam di lapangan terbang tersebut.

Kumpulan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Selasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kapar itu tiba menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mereka terkandas apabila ejen pelancongan tidak muncul untuk menguruskan pengangkutan dan penginapan mereka.

Amirudin berkata demikian selepas merasmikan Festival Idea Peringkat Negeri Selangor 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara.

Beliau turut merasmikan Selangor International Drone Cup 2025 yang julung kali diadakan di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam.

Kejohanan drone itu melibatkan penyertaan hampir 50 pelumba profesional tempatan dan antarabangsa.

Antara peserta luar negara yang mengambil bahagian ialah dari Korea Selatan, China, Australia, Chinese Taipei, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Edisi pertama kejohanan sukan udara itu anjuran bersama Persatuan Pengusaha dan Penggerak Industri Drone Malaysia, UiTM dan Persekutuan Sukan Udara Malaysia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

MACC urged to probe RM104.9 million investment scam losses

MHO urges MACC to investigate investment schemes that left 276 victims with RM104.9 million in losses, citing misuse of funds and prominent figures used to lure investors.

Most Viewed

St. George’s University urges early prostate cancer screening during Men’s Health Awareness Month

In South Korea, according to the Global Cancer Observatory, prostate cancer is the fourth common cancer with a total of 16,374 new cases. To mark Men’s Health Awareness Month, St. George’s University (SGU) School of Medicine in Grenada, West Indies, highlights essential steps that South Korean men should be aware of to prevent prostate cancer and maintain good health.
spot_img

Popular Categories