the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar terima sambutan rasmi dengan 19 das tembakan meriam di Kenya

PM Anwar Ibrahim disambut rasmi dengan 19 das tembakan meriam di Istana Negara Kenya, diterima Presiden William Ruto sebelum perbincangan dua hala

NAIROBI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi dengan 19 das tembakan meriam di Istana Negara Kenya, iaitu kediaman rasmi Presiden Kenya William Samoei Ruto.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Ruto dan diperkenalkan kepada Ketua Komander Tentera Kenya Leftenan Jeneral David Ketter, Mejar Jeneral (Tentera Laut) Paul Owuor Otieno, dan Mejar Jeneral (Tentera Udara) Bernand Waliaula.

Upacara dimulakan dengan lagu kebangsaan Malaysia Negaraku dimainkan, diikuti dengan lagu kebangsaan Kenya.

Hadir sama ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa.

Susulan upacara itu, Perdana Menteri menandatangani buku tetamu Istana Negara, sebelum kedua-dua pemimpin meneruskan pertemuan dua hala.

Kenya, yang terletak di Afrika Timur, bersempadan dengan Sudan Selatan di barat laut, Ethiopia di utara, Somalia di timur, Lautan Hindi di tenggara, Tanzania di barat daya, serta Tasik Victoria dan Uganda di bahagian barat.

Pada 2024, Kenya merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Afrika dengan jumlah perdagangan mencecah RM5.7 bilion, meningkat 1.2 peratus berbanding RM5.51 bilion pada tahun sebelumnya.

Anwar dijadual berlepas dari Nairobi, Kenya  ke Malaysia hari ini, menamatkan lawatan rasmi tiga negara ke bumi Afrika. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings