the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laporan: Singapura hadapi cuaca lebih ekstrem berikutan perubahan cuaca

SINGAPURA: Singapura yang kini mengalami cuaca panas terik, hujan lebat dan peningkatan paras laut akan berhadapan cuaca yang lebih buruk jika perubahan iklim semakin teruk, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelidikan Iklim Singapura pada Jumaat.

“Kajian ketiga Perubahan Iklim Kebangsaan” Singapura menunjukkan bahawa republik itu dijangka menjadi lebih panas dengan purata suhu tahunan meningkat kepada 0.55 darjah Celsius setiap dekad menjelang akhir abad ini di bawah senario pelepasan tinggi, lapor Xinhua.

Purata suhu tahunan Singapura meningkat pada kadar 0.24 darjah Celsius setiap dekad dalam tempoh 40 tahun lepas, menurut laporan itu.

Mengambil kira hujan yang sentiasa berubah-ubah pada skala bermusim, laporan itu memberi amaran bahawa hujan akan menjadi semakin tidak seimbang akibat perubahan iklim yang teruk.

Menyifatkan kenaikan paras laut sebagai cabaran utama bagi Singapura di tengah-tengah perubahan iklim, laporan itu menyebut bahawa purata paras laut di sekitar negara itu diunjurkan meningkat sebanyak 0.23 hingga 1.15 meter menjelang akhir abad dan sehingga sekitar dua meter menjelang 2150.

Pihak berkuasa Singapura berkata ia akan berkongsi data laporan itu dengan anggota ASEAN dan menggalakkan perkongsian data dengan entiti antarabangsa dan komuniti saintifik secara lebih meluas untuk melaksanakan penyelidikan bersama.

Singapura komited untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050 untuk menangani perubahan iklim. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings