the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lima lelaki didakwa anggotai pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang

DUNGUN: Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengurus dan menganggotai sebuah pertubuhan haram, Pertubuhan Kebajikan Selendang Merah Malaysia atau Ayahanda Harimau Kumbang (AHK).

Pengurus pertubuhan berkenaan, Husin Hassan, 40, dan anaknya Muhammad Aieril Amirul, 21, serta tiga lagi iaitu Mohamad Hassan, 39, Hilmy Ibrahim, 50, dan Mohd Syamim Abdul Rahim, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh antara 1.40 pagi hingga 3.15 pagi di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Dungun pada 20 Jan 2023.

Atas kesalahan mengurus, Husin yang juga dikenali sebagai Ayahanda Husin Harimau Kumbang didakwa mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966 kerana mengurus pertubuhan itu yang tidak berdaftar dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya sekali.

Empat lagi yang dituduh kerana menganggotai pertubuhan itu pula didakwa mengikut Seksyen 43 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Husin dan Mohd Syamim juga berdepan pertuduhan kedua iaitu bersama-sama mencapai niat mengambil bahagian dalam pertubuhan tersebut yang menyalahi undang-undang Malaysia tanpa kebenaran penulis berdaftar.

Kesalahan itu dilakukan kedua-dua tertuduh di Kampung Sura Jeti, di sini pada 1.40 pagi, 20 Jan 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(2) Akta Pertubuhan 1966 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Najwa Mohd Ali manakala peguam Nohabibah Norulalzahar mewakili Mohd Syamim dan Hilmy.

Peguam Datuk Sukri Mohamed pula mewakili Husin, Mohamad dan Muhammad Aieril Amirul.

Mahkamah membenarkan Husin dan Mohd Syamim masing-masing diikat jamin RM9,000 dan RM7,000, manakala tiga lagi tertuduh dibenarkan ikat jamin masing-masing sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan semula mahkamah pada 18 Mac depan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings