the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan berhampiran rumah pencawang TNB

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemukan berhampiran rumah pencawang TNB di Kota Tinggi, disyaki akibat cubaan mencuri kabel.

KOTA TINGGI: Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan di tepi jalan besar di Kilometer 21 Felda Adela menghala ke Sungai Rengit di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan penemuan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri kira-kira 6.46 pagi.

Beliau berkata susulan itu, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia dan ditemukan dalam keadaan terbaring, kira-kira satu meter berhampiran rumah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dianggarkan 20 meter dari jalan raya. 

“(Bagaimanapun), tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan tiada tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yusof berkata pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan beberapa peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel TNB, iaitu satu cangkul kecil berukuran 45 sentimeter, satu mesin canai tanpa kord, satu tukul besi, satu perengkuh paip dan satu lampu suluh kepala. 

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan awal, si mati disyaki meninggal dunia ketika cuba melakukan kegiatan mencuri kabel elektrik.

“Identitinya masih dalam proses pengesahan dan punca kematian masih dalam siasatan. Mayat telah dibawa ke unit forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan bedah siasat,” katanya dan menambah kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut. 

Yusof memohon kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga agar tampil menyalurkannya kepada pegawai penyiasat SM Muhammad Aliff Syah Abdullah atau menerusi talian 013-7426353 dan hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi 07-8831222.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Immigration Dept warns of illegal employment, accommodation of foreigners in Janda Baik

Employment opportunities in Janda Baik’s tourism, agriculture and business sectors are attracting foreign workers to the popular Pahang holiday destination, raising concerns over possible illegal employment and accommodation arrangements, the Immigration Department said.

Most Viewed

spot_img